BM Group

Shalom,

 

Puji Tuhan , kami sungguh bersukacita kerana pelayanan ini telah di mulakan pada tahun 2015.  Kami menjangkau mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di universiti-universiti yang ada di Pulau Pinang.

 

Pelayanan ini di adakan pada setiap hari Ahad

Jam 10.45 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.

 

Di sini kami mempunyai satu impian dan doa iaitu supaya pelayanan ini dapat menjangkau di antara anak-anak muda di universiti di sini supaya mereka dapat mempunyai satu hubungan yang erat dengan Tuhan dan juga dengan sahabat handai mereka melalui satu persatuan yang murni dan kudus di dalam Tuhan.

Selain, mereka juga akan dapat di bimbing secara rohani, melalui musik (Pujian dan penyembahan, drama, tarian, Firman Tuhan, Pemuridan dan doa. Dan lain...lain lagi

 

Sepanjang dua tahun ini kami telah melihat dan mengecap betapa baiknya Tuhan Yesus Kristus kita yang hidup di dalam pelayanan ini dan juga di dalam setiap kehidupan anak-anak kita.  Banyak perkara indah yang telah kami lalui.

 

Berapa aktiviti telah di adakan sepanjang dua tahun ini,  seperti menyambut Hari Gawai Dayak dan Hari Keamatan.  Walaupun jauh dari kampung halaman namun adat resam dan budaya tetap kami pegang.  Ini telah di adakan dan akan terus diadakan secara besar-besaran di Gereja St. George  di sini dengan sokongan dari Bishop Charles Samuel sendiri dan anggota gereja.  Tidak kurang juga dengan retreat dan BBQ.

 

Akhir kata, "Tak kenal, maka tak cinta".  Datanglah!  Ikutlah!  Nikmatilah keindahannya dan kebaikkan nya.  Kami menjemput anda untuk bersama kami setiap Hari Ahad.  Pasti anda di berkati!  Jumpa di sini.  

 

Tuhan Yesus Memberkati!

 

Ingin mengenal kami dengan lebih mendalam....

Mari dan ikut